">

Monday 10 September 2012


APA ITU BAHAN BANTU MENGAJAR ?

Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai “information from which a (written) work is to be produced”. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.
Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan.
Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.

Fungsi Bahan Bantu Mengajar
Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayu dan sastera. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara berkenaan Bahasa Melayu antaranya “Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan...” (Yahya Don, 2005). Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan.

CARA-CARA MEMBINA AYAT

PANDUAN MENJAWAB SOALAN BINA AYAT
PANDUAN KEPADA PELAJAR :
1.Bina ayat mudah yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Contoh ayat : Perkataan diuji ialah : guru
1.Ayah saya bekerja sebagai seorang guru. (1m)
2.Ayah saya bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Baru. (1m)
3.Ayah saya bekerja sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Baru sejak tahun 1991. (1m)
Pertanyaan : ayat mana yang anda pilih ?
2.Boleh buat ayat dengan menggunakan cakap ajuk tetapi mesti mematuhi peraturan
cakap ajuk ( penggunaan tanda petik ).
Contoh ayat: Perkataan diuji ialah : tukar
1.“Tukar pakaian anda sekarang juga,” kata Cikgu Nazrah kepada murid-muridnya
2.“Tolong tukar not RM 100 ini di bank, “ kata Abu kepada tauke kedai itu.
3.Buat ayat menggunakan teknik transformasi
Perkataan diuji :tukar
Saya menukar tayar yang bocor di bengkel membaiki kereta ( Transformasi kepada ayat aktif transitif ).
Tukar bentuk ayat aktif transitif kepada ayat pasif biasa dan ayat songsang
Tayar yang bocor saya tukar di bengkel membaiki kereta.
Di bengkel membaiki kereta saya tukar tayar yang bocor
Telah saya tukar tayar yang bocor di bengkel membaiki kereta
4. Boleh buat ayat dengan memberi maksud perkataan.
Contoh ayat : Perkataan diuji ialah : melayurkan
1.Maksud melayurkan ialah mengganggang sesuatu benda dengan tujuan untuk
memanaskan benda tersebut.
Syarat : perkataan diuji mesti dimasukkan dalam ayat.

4.Boleh buat ayat menggunakan teknik perluasan.
( Gunakan maklumat apa, siapa, mengapa, bila dan di mana )
Perkataan diuji sekatan.
Pihak polis trafik mengadakan sekatan jalan raya untuk mengesan pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu pada tengah malam kelmarin di Jalan Tebrau.
Siapa : Pihak polis
Apa : Mengadakan sekatan jalan raya
Mengapa : Untuk mengesan pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu
Bila : Pada tengah malam kelmarin
Di mana : Di Jalan Tebrau
Perkataan diuji :Memukul
Emak memukul adik dengan rotan kerana ponteng kelas agama petang tadi di ruang tamu rumah.
Siapa : Emak
Apa : Memukul adik dengan rotan
Mengapa : Kerana ponteng kelas agama
Bila : Petang tadi
Di mana : Di ruang tamu rumah.
5.Jika diminta membuat dua ayat daripada pasangan kata, maka pelajar perlu membuat ayat secara berasingan.
Contoh : Perkataan diuji ialah : guruh – gemuruh
1.Apabila mendengar bunyi guruh, perasaan saya tiba-tiba menjadi gemuruh
( ayat ini salah )
2.Apabila mendengar guruh di langit, emak mengarahkan adik masuk ke dalam rumah.
( Ayat yang betul )
3.Perasaan gemuruh pasti dialami oleh pelajar yang mengambil peperiksaan bagi kali pertama.
( Ayat yang betul )
6.Gunakan kamus dewan sebagai panduan bagi mencari maksud perkataan.

7.Buku Tatabahasa Dewan juga perlu dirujuk untuk melihat contoh ayat yang mudah.

Thursday 30 August 2012


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
TARIKH                      : 8 OGOS 2012
MASA                        : 7.45 pagi – 8.45 pagi (1jam)
TAHUN                       : 4 USM
TAJUK                        : Pak Samat Seorang Penternak Binatang
HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pengajaran, murid dapat:
I. Mengisi sekurang-kurangnya tiga jawapan dengan betul berdasarkan jawapan yang disediakan.
II. Menulis   sekurang-kurangnya   dua   ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberikan.
III. Menyatakan sekurang-kurangnya empat kata kerja yang terdapat dalam petikan.
FOKUS UTAMA : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi   yang   betul   dan   lancar   serta   memahami   perkara   yang  dibaca.
Aras 3  ( ii ) –   Menjawab   soalan   pemahaman   berdasarkan   teks   yang  dibaca.
FOKUS SAMPINGAN :   8.2   Membina   dan   menulis   ayat   tunggal   dan   ayat  majmuk   dalam  sesuatu   penulisan   teks   tentang   sesuatu  tajuk.
Aras 1( I ) – Membina ayat tunggak dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
SISTEM BAHASA : Kata Kerja, Ayat Majmuk
PENGISIAN
 ILMU :             i – Sains
                         ii – Kajian Tempatan

 NILAI :            i – Kasih sayang
                         ii – Kerjasama
                         iii – Usaha
PENGISIAN KURIKULUM :
·          Ilmu                 : Kajian Tempatan, Pendidikan Moral, Sains
·         Nilai Murni      : Hormat-menghormati, bekerjasama , kasih sayang


KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
·         Kemahiran Berfikir                              : Menjana idea,menghubung kait, merumus,
·         Kemahiran Belajar Cara Belajar         : Mendengar, Membaca, Menulis
·         Kecerdasan Pelbagai                          : Verbal & Linguistik, , interpersonal,   Intrapersonal,muzik
PENGETAHUAN SEDIA  ADA        : Murid  mengenali binatang ternakan
BAHAN BANTU BELAJAR :  i) Bahan Multimedia :LCD, CD
     ii) Bahan Bercetak : lembaran kerja
     Langkah-langkah pengajaran / Aktiviti dapatkan di sini

Set Induksi
Bunyi binatang 3

Langkah 1 klik di sini
Langkah 2 klik di sini
Langkah 3 klik di sini
Penutup klik di sini
Lirik Lagu di sini
Lembaran kerja di sini
power point disini

Tuesday 28 August 2012


Tatabahasa : Kata Kerja 

1.
Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan.
2.
Perbuatan dilakukan oleh manusia, binatang, atau benda.
3.
Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

(a)
kata kerja transitif

(b)
kata kerja tak transitif
4.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti objek selepasnya untuk membentuk predikat ayat.

Contoh :  Kakak membasuh baju.

“Membasuh” ialah kata kerja transitif manakala “baju” pula ialah objek bagi kata kerja “membasuh”. “…membasuh baju.” merupakan predikat bagi ayat tersebut.
5.
Kata kerja transitif dapat dibahagikan pula kepada dua, iaitu:

(a)
kata kerja transitif dalam ayat aktif
Contoh : Puan Minah membuka pintu bilik.

(b)
kata kerja transitif dalam ayat pasif.
Contoh : Pintu bilik dibuka oleh Puan Minah.
6.
Kata kerja tak transitif ialah kata yang tidak memerlukan objek selepasnya.
7.
Kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai frasa kerja untuk bertugas sebagai predikat ayat.Contoh:  Kumar berenang..

“Berenang” ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek selepasnya.
8.
Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua, iaitu

(a)
kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Contoh : Ibu saya masih tidur.

(b)
kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh :  Kami tinggal di Seremban.

Petikan yang terdapat dalam Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran untuk kerja kursus


Pak Samat  Seorang Penternak Binatang
Pak Samat  adalah seorang penternak binatang yang terkenal di Kampung Selesa. Beliau menternak lembu, kambing, ayam dan itik. Pak Samat membina kandang untuk lembu dan kambingnya. Ayam pula diletakkan di dalam reban. Manakala, itik dibiarkan tinggal di dalam kolam.
                 Pak Samat menjaga binatang dengan penuh kasih sayang dan sentiasa mengambil berat tentang kebersihan dan kesihatan binatang. Beliau akan memberi makanan kepada binatang pada waktu yang tepat.
                 Pada hujung bulan, Pak Samat akan memastikan doktor haiwan datang ke tempat ternakan dan memeriksa kesihatan binatangnya. Usaha Pak Samat tidak sia-sia kerana jumlah ternakannya  semakin hari semakin bertambah.

Saturday 25 August 2012