">

LATIHAN


Latihan 1
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

1.Rumah Kumala bersebelahan dengan pasar.

A.Di manakah rumah Kumala?
B.Siapakah yang tinggal bersebelahan dengan pasar?
C.Adakah rumah Kumala bersebelahan dengan pasar?
D.Mengapakah rumah Kumala bersebelahan dengan pasar?

2.Mereka ke Sarawak dengan menaiki kapal terbang.

A.Bilakah mereka ke Sarawak?
B.Mengapakah mereka ke Sarawak?
C.Berapa kalikah mereka ke Sarawak?
D.Bagaimanakah mereka ke Sarawak?

4.Kemalangan jalan raya itu melibatkan penunggang motosikal dengan sebuah
 kereta.

A.Di manakah kemalangan jalan raya itu berlaku?
B.Mengapakah jalan raya sangat sesak pada hari ini?
C.Siapakah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya itu?
D.Bagaimanakah kemalangan jalan raya itu boleh berlaku?

Semak Jawapan Anda








 

Latihan 2
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

1.Mengapakah mereka selalu mengulang kaji pelajaran?

A.Mereka selalu mengulang kaji pelajaran.
B.Ya, mereka selalu mengulang kaji pelajaran.
C.Mereka mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
D.Mereka mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan hampir tiba.

2.Bagaimanakah keadaan adik kamu selepas kemalangan itu?

A.Kedua-dua belah kaki adik saya patah dan dia ditahan di hospital.
B.Kemalangan itu berlaku di simpang tiga Jalan Dato' Sahak.
C.Adik saya dilanggar oleh sebuah kereta dari arah belakang.
D.Bukan adik saya yang terlibat dalam kemalangan itu.

3.Sejak bilakah Amran suka menyendiri?

A.Amran suka menyendiri sejak kematian ayahnya.
B.Ayahnya meninggal sebulan yang lalu.
C.Amran memang suka menyendiri.
D.Tidak, Amran bukan begitu.

4.Bilakah Rosnani menyertai pertandingan masakan?

A.Bukan Rosnani yang menyertai pertandingan masakan.
B.Rosnani yang menyertai pertandingan masakan.
C.Rosnani menyertai pertandingan masakan pada bulan lepas.
D.Ibunya yang mendorong Rosnani menyertai pertandingan masakan.
SEMAK JAWAPAN DI SINI.