PANDUAN MENJAWAB SOALAN BINA AYAT
PANDUAN KEPADA PELAJAR :
1.Bina ayat mudah yang mengandungi satu subjek dan satu
predikat.
Contoh ayat :
Perkataan diuji ialah : guru
1.Ayah saya
bekerja sebagai seorang guru. (1m)
2.Ayah saya
bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor
Baru. (1m)
3.Ayah saya
bekerja sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Baru sejak tahun 1991. (1m)
Pertanyaan :
ayat mana yang anda pilih ?
2.Boleh buat ayat dengan menggunakan cakap ajuk tetapi
mesti mematuhi peraturan
cakap ajuk (
penggunaan tanda petik ).
Contoh ayat:
Perkataan diuji ialah : tukar
1.“Tukar
pakaian anda sekarang juga,” kata Cikgu Nazrah kepada murid-muridnya
2.“Tolong
tukar not RM 100 ini di bank, “ kata Abu kepada tauke kedai itu.
3.Buat ayat menggunakan teknik transformasi
Perkataan
diuji :tukar
Saya menukar
tayar yang bocor di bengkel membaiki kereta ( Transformasi kepada ayat aktif
transitif ).
Tukar bentuk
ayat aktif transitif kepada ayat pasif biasa dan ayat songsang
Tayar yang
bocor saya tukar di bengkel membaiki kereta.
Di bengkel
membaiki kereta saya tukar tayar yang bocor
Telah saya
tukar tayar yang bocor di bengkel membaiki kereta
4. Boleh buat ayat dengan memberi maksud perkataan.
Contoh ayat :
Perkataan diuji ialah : melayurkan
1.Maksud
melayurkan ialah mengganggang sesuatu benda dengan tujuan untuk
memanaskan
benda tersebut.
Syarat :
perkataan diuji mesti dimasukkan dalam ayat.
5.Boleh buat ayat menggunakan teknik perluasan.
( Gunakan
maklumat apa, siapa, mengapa, bila dan di mana )
Perkataan
diuji sekatan.
Pihak polis
trafik mengadakan sekatan jalan raya untuk mengesan pemandu yang tidak
mempunyai lesen memandu pada tengah malam kelmarin di Jalan Tebrau.
Siapa : Pihak
polis
Apa :
Mengadakan sekatan jalan raya
Mengapa :
Untuk mengesan pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu
Bila : Pada
tengah malam kelmarin
Di mana : Di
Jalan Tebrau
Perkataan
diuji :Memukul
Emak memukul
adik dengan rotan kerana ponteng kelas agama petang tadi di ruang tamu rumah.
Siapa : Emak
Apa : Memukul
adik dengan rotan
Mengapa :
Kerana ponteng kelas agama
Bila : Petang
tadi
Di mana : Di
ruang tamu rumah.
6.Jika diminta membuat dua ayat daripada pasangan kata,
maka pelajar perlu membuat ayat secara berasingan.
Contoh :
Perkataan diuji ialah : guruh – gemuruh
1.Apabila
mendengar bunyi guruh, perasaan saya tiba-tiba menjadi gemuruh
( ayat ini
salah )
2.Apabila
mendengar guruh di langit, emak mengarahkan adik masuk ke dalam rumah.
Ayat yang betul )
3.Perasaan
gemuruh pasti dialami oleh pelajar yang mengambil peperiksaan bagi kali
pertama.
( Ayat yang
betul )
6.Gunakan
kamus dewan sebagai panduan bagi mencari maksud perkataan.
7.Buku
Tatabahasa Dewan juga perlu dirujuk untuk melihat contoh ayat yang mudah.
SELAMAT
MENJAWAB SOALAN MEMBINA AYAT.