">

Thursday, 23 August 2012


PANDUAN MENJAWAB SOALAN BINA AYAT
PANDUAN KEPADA PELAJAR :
1.Bina ayat mudah yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Contoh ayat : Perkataan diuji ialah : guru
1.Ayah saya bekerja sebagai seorang guru. (1m)
2.Ayah saya bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Baru. (1m)
3.Ayah saya bekerja sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Baru sejak tahun 1991. (1m)
Pertanyaan : ayat mana yang anda pilih ?
2.Boleh buat ayat dengan menggunakan cakap ajuk tetapi mesti mematuhi peraturan
cakap ajuk ( penggunaan tanda petik ).
Contoh ayat: Perkataan diuji ialah : tukar
1.“Tukar pakaian anda sekarang juga,” kata Cikgu Nazrah kepada murid-muridnya
2.“Tolong tukar not RM 100 ini di bank, “ kata Abu kepada tauke kedai itu.
3.Buat ayat menggunakan teknik transformasi
Perkataan diuji :tukar
Saya menukar tayar yang bocor di bengkel membaiki kereta ( Transformasi kepada ayat aktif transitif ).
Tukar bentuk ayat aktif transitif kepada ayat pasif biasa dan ayat songsang
Tayar yang bocor saya tukar di bengkel membaiki kereta.
Di bengkel membaiki kereta saya tukar tayar yang bocor
Telah saya tukar tayar yang bocor di bengkel membaiki kereta
4. Boleh buat ayat dengan memberi maksud perkataan.
Contoh ayat : Perkataan diuji ialah : melayurkan
1.Maksud melayurkan ialah mengganggang sesuatu benda dengan tujuan untuk
memanaskan benda tersebut.
Syarat : perkataan diuji mesti dimasukkan dalam ayat.
5.Boleh buat ayat menggunakan teknik perluasan.
( Gunakan maklumat apa, siapa, mengapa, bila dan di mana )
Perkataan diuji sekatan.
Pihak polis trafik mengadakan sekatan jalan raya untuk mengesan pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu pada tengah malam kelmarin di Jalan Tebrau.
Siapa : Pihak polis
Apa : Mengadakan sekatan jalan raya
Mengapa : Untuk mengesan pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu
Bila : Pada tengah malam kelmarin
Di mana : Di Jalan Tebrau
Perkataan diuji :Memukul
Emak memukul adik dengan rotan kerana ponteng kelas agama petang tadi di ruang tamu rumah.
Siapa : Emak
Apa : Memukul adik dengan rotan
Mengapa : Kerana ponteng kelas agama
Bila : Petang tadi
Di mana : Di ruang tamu rumah.
6.Jika diminta membuat dua ayat daripada pasangan kata, maka pelajar perlu membuat ayat secara berasingan.
Contoh : Perkataan diuji ialah : guruh – gemuruh
1.Apabila mendengar bunyi guruh, perasaan saya tiba-tiba menjadi gemuruh
( ayat ini salah )
2.Apabila mendengar guruh di langit, emak mengarahkan adik masuk ke dalam rumah.
 Ayat yang betul )
3.Perasaan gemuruh pasti dialami oleh pelajar yang mengambil peperiksaan bagi kali pertama.
( Ayat yang betul )
6.Gunakan kamus dewan sebagai panduan bagi mencari maksud perkataan.
7.Buku Tatabahasa Dewan juga perlu dirujuk untuk melihat contoh ayat yang mudah.


SELAMAT MENJAWAB SOALAN MEMBINA AYAT.

Latihan Kata Imbuhan

Latihan 1
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

(berasa, ditegur, jauhi, Tanaman, bertambah, melanggar)

1.Kuah kari itu memang _______________ pedas.

2._______________ herba amat sesuai dengan iklim di negara kita.

3.Wahai kawan, ________________lah sifat malas dan degil.

4.Kereta yang dipandu laju itu ________________ seorang tua yang sedang melintas jalan.

5.Apabila malam menjelang, suasana di tapak pesta itu _______________ meriah.

6.Leong _______________ oleh abangnya kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Semak jawapan anda

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
1. Perkataan yang biasanya menamakan orang atau benda.
2. Perkataan yang menjadi inti pada binaan frasa nama.
3. Jenis kata nama:
a) Kata Nama Am
i. benda/perkara yang umum sifatnya
ii. ejaannya berpangkal huruf kecil (kecuali memulakan ayat)
iii. dapat digandingkan dengan kata bilangan ataupun penjodoh bilangan.
Contoh:
• Beberapa orang guru perempuan telah terlibat dalam perkhemahan itu.
• Pelajar itu mengambil sebuah kerusi lalu duduk di barisan hadapan sekali.
iv. kumpulan kata nama:
• abstrak – mimpi, angan-angan, dan cita-cita
• benda – kerusi, meja, dan pen
• manusia – orang, guru, dan polis
• binatang – kancil, lembu, dan angsa
b) Kata Nama Khas
i. nama yang khusus
ii. ejaannya berpangkal huruf besar
iii. kumpulan kata nama:
• manusia – Ahmad, Mahmud, dan Ah Seng
• tempat – Kuala Lumpur, Ipoh, dan Kangar
• binatang – Si Tompok, Si Belang, dan Si Comel
• tajuk – Ibu Mertuaku dan Aku Anak Timur
4. Kata nama berbeza apabila digunakan di tempat yang berbeza.
Contoh: 
Kata Nama Am:
• Pengarah ( jenis pekerjaan secara am)
Kata Nama Khas:
• Pengarah Syarikat Tenaga Maju. ( jawatan khas di syarikat tersebut) 

Hari Raya Aidilfitri

Ini gambar raya pertama bersama keluarga di kampung.