">

Tuesday 28 August 2012


Tatabahasa : Kata Kerja 

1.
Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan.
2.
Perbuatan dilakukan oleh manusia, binatang, atau benda.
3.
Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

(a)
kata kerja transitif

(b)
kata kerja tak transitif
4.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti objek selepasnya untuk membentuk predikat ayat.

Contoh :  Kakak membasuh baju.

“Membasuh” ialah kata kerja transitif manakala “baju” pula ialah objek bagi kata kerja “membasuh”. “…membasuh baju.” merupakan predikat bagi ayat tersebut.
5.
Kata kerja transitif dapat dibahagikan pula kepada dua, iaitu:

(a)
kata kerja transitif dalam ayat aktif
Contoh : Puan Minah membuka pintu bilik.

(b)
kata kerja transitif dalam ayat pasif.
Contoh : Pintu bilik dibuka oleh Puan Minah.
6.
Kata kerja tak transitif ialah kata yang tidak memerlukan objek selepasnya.
7.
Kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai frasa kerja untuk bertugas sebagai predikat ayat.Contoh:  Kumar berenang..

“Berenang” ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek selepasnya.
8.
Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua, iaitu

(a)
kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Contoh : Ibu saya masih tidur.

(b)
kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh :  Kami tinggal di Seremban.